fbpx
PEJABAT di Politeknik Merlimau, Jasin, musnah kira-kira 70 peratus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pejabat Politeknik Merlimau terbakar awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Sebuah pejabat di Politeknik Merlimau di sini musnah kira-kira 70 peratus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Sukur Md. Ali berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.21 pagi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

“Sebaik tiba pada pukul 6.23 pagi, pasukan mendapati sebuah bangunan pejabat berkeluasan 70×50 kaki persegi sedang terbakar dan api telah merebak kira-kira 70 peratus.

“Kebakaran dipercayai berlaku lebih awal dan hanya disedari oleh pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hos, satu aliran hos reel, pam, air jentera dan pili bomba bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.

“Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.50 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada 8.26 pagi.

“Tiada masalah dilaporkan sepanjang proses pemadaman dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI