fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik Asyraf Wajdi di Facebook.

Mara bantu Syafiqah sambung pengajian ke IKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kisah pilu seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpaksa menolak tawaran universiti kerana faktor kemiskinan mendapat perhatian Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pelajar berkenaan, Nurul Syafiqah, memperoleh 7A dalam SPM namun terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian ke universiti kerana ibunya, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pencuci rumah dengan pendapatan RM500 sebulan, perlu menyara empat anak termasuk dua orang anak orang kurang upaya (OKU).

“Saya terpaksa tolak tawaran universiti sebab mak tak dak duit. Nak bagi kakak lepas dulu universiti, lagipun jauh di Cyberjaya dan saya kena jaga abang dan kakak OKU,” katanya dalam satu hantaran di Facebook Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki semalam.

Pengerusi Mara itu berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Tuan Syed Mohd Johan Rizal, sebelum tindakan segera diambil bagi membantu Syafiqah.

Katanya, hasil keprihatinan tersebut, pelajar berkenaan kini akan melanjutkan pengajian di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani dalam bidang Diploma Teknologi Awam, dengan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Mara.

Selain itu, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) turut menyalurkan bantuan tunai RM1,000 untuk persiapan ke IKM serta sebuah komputer riba bagi memudahkan urusan pembelajaran.

“Di IKM, segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Mara dan pelajar akan menerima wang saku bulanan RM300.

“Saya menyeru orang ramai supaya memaklumkan kepada Mara sekiranya ada anak-anak cemerlang yang tercicir hanya kerana kemiskinan.

“Saya selalu tegaskan bahawa hanya ilmu sahaja boleh mengubah kehidupan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN