fbpx
Keadaan rumah yang separa hancur selepas dilanggar sebuah lori sampah di Herefordshire kelmarin. - SWNS

Lori sampah rempuh rumah, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera selepas lori sampah yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh sebuah rumah di Britain, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.40 pagi (waktu tempatan) di Jalan Mill di Leominster, daerah Herefordshire semalam. 

Polis West Mercia mengesahkan bahawa lelaki yang terbunuh merupakan seorang penumpang berusia lingkungan 60-an.

“Pasukan kecemasan cuba memberikan rawatan, namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu dan penumpang. Mereka dirawat oleh paramedik sebelum dikejarkan ke hospital. 

Superintendan Helen Wain menyatakan bahawa kediaman itu kosong semasa kejadian, manakala lokasi tersebut dikepung sementara pihak berkuasa memastikan bangunan itu selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN