PETALING JAYA – Seorang lelaki mengimbau kenangan pada 14 tahun lalu apabila pernah menerima anugerah ‘staf paling banyak datang lewat’ di tempat kerjanya selepas didapati hadir lewat sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan.
Menurut Salihhuddin tersebut, kebanyakan kali dia hadir lewat kurang daripada satu jam daripada waktu asal yang ditetapkan.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, Salihhuddin menerima anugerah itu bagi bulan Mei, 2011.
Antara tarikh yang dicatat sebagai kehadirian lewat adalah pada 7, 14, 24, 28, 29 dan 31 Mei 2011.
“Siap data anugerah lagi. Dulu-dulu ada ‘six pack’ sekarang banyak sangat ‘pack’,” selorohnya di ruang kapsyen.
Perkongsian lelaki itu menerima lebih 7,000 reaksi selain 678 komen ditinggalkan oleh pengguna Facebook.
“Yang datang lambat tak semestinya prestasi tak baik, kadang yang datang lambat lagi berguna daripada yang datang awal,” kata Nelson.
“Okey la ada orang bagi ‘reward’,” kata Seharum Lavendar.
“Saya sebulan pun banyak kali dari yang ni, masuk lewat. Keluar rehat lepas itu tetap masuk lewat. Setiap hari lewat ya. Tak kurag dari tiga hingga lima jam sebulan. Teruknya la saya. Tp nasib boss (majikan) baik. Potong jelah gaji,” kongsi Mikhael. – KOSMO! ONLINE














