fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki ditahan curi gitar bernilai RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kes kecurian gitar jenis Gibson Les Paul Studio Electric bernilai RM8,000 milik seorang penghibur jalanan (busker) di pusat beli-belah IOI Mall, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 31 tahun memaklumkan gitar miliknya hilang daripada wagon (troli) simpanan selepas selesai membuat persembahan sekitar pukul 5.45 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah tapak karnival jualan di Bandar Seri Permaisuri kira-kira pukul 11 malam, semalam.

“Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada rampasan semula barangan kes bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan narkotik lampau dan kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI