fbpx
Ayam yang disita daripada sebuah ladang haram di Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Ladang ayam haram diroboh, sita 10,000 ekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Bau busuk dari sebuah ladang ayam haram di Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, di sini, yang beroperasi tanpa lesen sejak dua tahun lalu berakhir apabila premis berkenaan dirobohkan, hari ini.

Perobohan itu dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor bermula pukul 9 pagi dengan bantuan anggota polis.

Pengarah DVS Selangor, Dr. Hassuzana Khalil berkata, tindakan diambil selepas aduan dibuat penduduk kira-kira tiga bulan lalu terhadap bau busuk itu. Katanya, ladang berkeluasan 2 hektar itu pernah dikenakan kompaun RM2,000, namun pemilik gagal membayar sehingga penguatkuasaan terpaksa diambil.

“Justeru, kami mengambil tindakan penguatkuasaan hari ini melibatkan perobohan dan menyita 10,000 ayam ternak di ladang ini. Kesemua ayam itu dianggarkan berusia 40 hari dengan nilai sitaan berjumlah RM50,000,” katanya semasa operasi itu.

Mengulas lanjut, kata Hassuzana, pemilik ladang dikenakan tindakan di bawah Seksyen 9, Enakmen Perladangan Unggas 2007 iaitu menjalankan atau mengusahakan perladangan unggas tanpa suatu lesen.

Manakala tindakan sitaan diambil dibawah Seksyen 25(2) enakmen sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI