fbpx
Tangkap layar video tular tersebut.

Kereta sudah beli, jalan pun beli sekali kah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kereta sudah beli, jalan pun beli sekali kah?,” demikian jeritan seorang lelaki selepas menegur seorang pemandu wanita yang enggan mengalihkan kenderaannya gara-gara mahu menunggu kenalannya.

Menerusi video berdurasi 39 saat yang tular di media sosial, memaparkan tindakan pemandu wanita itu memberhentikan keretanya di tengah laluan sempit sehingga menyebabkan kesesakan.

Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan pengguna jalan lain selepas keretanya menghalang laluan keluar masuk kenderaan lain.

Dalam video tersebut, turut kedengaran dua orang lelaki menegur dengan nada tegas supaya wanita tersebut mengalihkan kereta.

“Jalan, jalan la, lagi mahu marah! Pergilah!

Selain wanita itu, terdapat lagi beberapa pemandu turut ditegur untuk segera mengalihkan kenderaan masing-masing agar tidak menghalang laluan pengguna yang lain.

Rakaman kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya menyokong tindakan lelaki berkenaan kerana berani menegur sikap pentingkan diri pemandu tersebut.

“Padu bang, terima kasih sampaikan apa yang terbuku di hati saya. Lama dah saya nak luahkan kepada pemandu bermasalah ini,” kata @Azreyn.

“Aku setuju dengan abang ini,” komen @Sya.

“Teguran padu tapi beradab. Kalau semua orang berani macam ni, mungkin kurang dah orang park (parkir) ikut suka hati,” kata Nizam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI