fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik sebahagian jambatan itu runtuh akibat tanah runtuh semalam. - X

[VIDEO] Jambatan runtuh ‘lenyap’ dalam serpihan debu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah jambatan sepanjang 762 meter di China roboh akibat tanah runtuh selepas baru beberapa bulan ia dibuka kepada orang ramai, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Jambatan Hongqi, wilayah Sichuan semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform X menunjukkan orang ramai menjerit ketakutan apabila jambatan berhampiran lereng bukit itu dilanda tanah runtuh sekali gus menghamburkan pasir dan debu tebal ke udara. 

Tanah runtuh yang besar menyebabkan komponen sokongan jambatan dan sebahagian strukturnya hancur, mengakibatkan serpihan bertaburan di gaung. 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Keretakan pada lereng bukit dan jalan menyebabkan polis menutup jambatan tersebut kepada orang ramai atas faktor keselamatan. 

Siasatan awal menunjukkan keretakan berpunca daripada simpanan air di empangan berhampiran. 

Pasukan kecemasan dan agensi berkaitan tiba di tempat kejadian, manakala semua kenderaan yang terkandas berjaya dipindahkan sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan), lapor akhbar China Daily. 

Jambatan yang menghubungkan Tibet itu dibuka sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Nasional 317 di bandar Maerkang. – AGENSI

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 444CNews (@444cnews)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI