fbpx
Dr. Nadia (kiri) dan Sulizmie Affendy.

Istana Negara umum pelantikan Setiausaha Sulit, Juruiring Polis baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr. Azmi Rohani mengucapkan tahniah kepada Dr. Nadia Monira Mohamed Taib atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Sulit kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Istana Negara dalam kenyataan di Facebook berkata, pelantikan Dr. Nadia Monira yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Inovasi dan Polisi Awam itu berkuat kuasa pada 10 November 2025.

Sebelum ini, Dr. Nadia Monira berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, Dr. Azmi turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Juruiring Polis baharu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Senior Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Pelantikan Sulizmie Affendy adalah bagi menggantikan Datuk Mohd Azani Omar yang kini memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Sulizmie Affendy menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur

“Istana Negara dan seluruh warganya mengucapkan selamat datang serta selamat menabur bakti dengan penuh dedikasi di Istana Negara,” kata kenyataan itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI