fbpx
Gambar hiasan.

Harga RON97, RON95 dan diesel naik 5 sen bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula esok.

Menerusi satu kenyataan MOF berkata, harga baharu RON97 adalah RM3.25 seliter, RON95 tanpa subsidi pada RM 2.65 seliter manakala diesel di Semenanjung Malaysia RM3.07 seliter.

Jelas MOF, kenaikan tersebut bagi tempoh bermula esok sehingga 19 November.

“Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, begitu juga dengan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter,” jelas MOF.

Tambah kenyataan itu, kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujar MOF. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN