fbpx
Satu mayat migran yang ditemukan hanyut di perairan Langkawi. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

Bot karam: Siasat pembabitan sindiket, jenayah terancang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Polis masih menyiasat sama ada sindiket atau kegiatan jenayah terancang yang menjadi dalang kemasukan migran termasuk etnik Rohingya ke negara ini, baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan terperinci juga sedang dilakukan bagi mengesan kewujudan aktiviti pemerdagangan orang atau perlanggaran undang-undang lain.

“Itu hanya akan diperoleh setelah siasatan dibuat oleh pihak polis. Saya minta Ketua Polis Kedah supaya jangan ada maklumat tertinggal sebab corak pendaratan mereka dan temu bual akan berikan maklumat penting. “Kita akan tengok semua aspek, sama ada plot ini datang daripada sindiket atau jenayah terancang. Jenayah terancang ini kalau dianjurkan satu atau dua orang yang mempunyai objektif sama yang memberi manfaat daripada segi kewangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini.

Katanya, pihaknya akan melihat semua peruntukan undang-undang membabitkan insiden seperti itu.

Sementara itu, berhubung keselamatan perairan negara, beliau berkata, Maritim Malaysia (APMM) akan terus diberi tumpuan terutama daripada segi penambahan aset untuk mengukuhkan peranannya.

“APMM ini antara agensi tumpuan saya sepanjang berada di kementerian, minta helikopter, kita bagi helikopter, empat helikopter dari Itali akan sampai tahun ini.

“Kapal kita bagi dua, satu dalam pembinaan offshore patrol vessels, satu dah siap, dua lagi sedang dalam perolehan, itu semua tak termasuk bot, dron dan radar, kesemuanya itu adalah usaha berterusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI