fbpx
Gambar hiasan.

Barista ZUS Coffee kekal, diberi cuti bergaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ZUS Coffee telah membuat laporan polis bagi melindungi privasi dan keselamatan barista yang terlibat dengan insiden di salah sebuah cawangan pada 9 November lalu hingga tular di media sosial.

ZUS Coffee dalam satu kenyataan berkata, laporan itu dibuat pada Isnin lalu selepas kejadian berlaku.

“Zurista kami telah mengalami situasi tegang di premis. Dia diberi cuti bergaji bagi memulihkan keadaan selepas insiden tersebut.

“Zurista yang terlibat kekal bersama kami dan kesejahteraannya sentiasa menjadi keutamaan kami,” jelasnya.

ZUS Coffee turut menegaskan bahawa pihaknya akan memperkukuh latihan dan sistem sokongan dalaman agar semua pekerja mampu menangani cabaran dengan profesionalisme dan empati.

Dalam masa sama, syarikat itu menyeru agar orang ramai menghentikan penyebaran hantaran yang mendedahkan identiti pekerja terlibat kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan mental.

“Di ZUS, kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku agresif dan komited memastikan setiap premis kekal selamat untuk komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN