PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa ‘terkejut’ mengenai khabar angin tersebar kononnya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal menyertai Kabinetnya tidak lama lagi.
Perdana Menteri memberi reaksi itu apabila disoal wartawan selepas program Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025, di sini hari ini.
“Ye ke, siapa bagitau,” reaksinya ringkas sambil tersenyum.
Beliau berkata demikian apabila disoal wartawan mengenai desas desus kononnya bekas Ahli Parlimen Rembau akan menyertai Kabinetnya. Ketika ditemui media selepas menghadiri Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, kemungkinan ada rombakan Kabinet yang dijangka diumumkan oleh Anwar pada awal Disember ini. Difahamkan, rombakan Kabinet itu dilakukan susulan kekosongan beberapa kerusi menteri.
Malah, antara yang disebut-sebut akan menyertai Kabinet Anwar adalah Khairy Jamaluddin yang akan kembali ke Kabinet sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air. – KOSMO! ONLINE














