PETALING JAYA – Seramai hampir 53,000 orang guru baharu telah dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan di sekolah di seluruh negara.
Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek berkata, pengisian jawatan tersebut adalah pada tahap tertinggi melebihi 98 peratus selepas tiga tahun menerajui kementerian itu.
“Antara perkara utama yang saya beri tumpuan sedari awal khidmat di Kementerian Pendidikan adalah terkait dengan isu kekurangan guru.
“Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun, seramai hampir 53,000 orang guru baharu telah dilantik dengan kadar pengisian di sekolah-sekolah seluruh negara pada tahap tertinggi melebihi 98 peratus,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, data tersebut bukan sekadar angka, sebaliknya ia adalah cerminan kesungguhan komitmen Kerajaan Madani untuk memberikan yang terbaik demi pendidikan negara.
“Terima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atas sinergi kerjasama yang signifikan untuk menoktahkan isu kekurangan guru,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE














