PETALING JAYA – Pasukan Monthongwittaya yang tular menaiki lori tuk-tuk (kenderaan beroda) menerima sumbangan makanan daripada orang ramai dalam perjalanan pulang ke kampung.
Menerusi hantaran pengguna TikTok, ramai penduduk tempatan memberi makanan dan minuman kepada para pemain sekolah menengah daerah Chachoengsao sebagai sokongan.
“Kami telah menyokong anda (pemain) untuk memenuhi impian (pertandingan bola). Walaupun bukan juara, kamu tetap akan menjadi legenda,” ujarnya.
Video berdurasi 47 saat itu turut memaparkan penunggang motosikal menghulurkan minuman kepada pemain ketika dalam perjalanan ke pulang mencuri perhatian ramai.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan pasukan bola Monthongwittaya hanya menaiki kenderaan beroda (lori tuk-tuk) untuk ke Stadium Supachalasai, mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat seluruh Thailand.
Untuk rekod, pasukan bola itu tidak berjaya mendapat tempat pertama selepas tumpas melawan Chainat Pao, namun menerima sokongan padu daripada penonton sehingga memenuhi stadium.
Difahamkan, kepulangan pasukan Monthongwittaya disambut meriah oleh penduduk kampung seperti wira apabila ramai memberi hadiah bunga dan makanan sebagai penghargaan perjuangan mereka.
Selain itu, ramai penduduk kampung termasuk keluarga pemain yang menunggu kepulangan pasukan bola tersebut di tepi jalan dengan memegang sepanduk.
Menjengah ke ruang komen, ramai mendapati semangat perjuangan yang patut dipuji bukan sahaja kepada pasukan tersebut, malah, kepada orang ramai yang memberikan sokongan tidak putus.
“Terharu dengan semangat semua pemain dan jurulatih, walaupun serba kekurangan tapi semangat untuk memasuki pertandingan sehingga ke separuh akhir itu membanggakan,” komen @Thanya_
“Memang memerlukan satu kampung untuk membesarkan anak-anak dengan berjaya. Semoga mereka (pemain) akan ingat pengalaman bermakna ini,” komen @Khwandawnz – KOSMO! ONLINE
@ratchada.nuinui * หมอนทองวิทยา * ปรากฎการณ์ฟุตบอลขาสั้น Cr.Amarintv online #เทรนด์วันนี้ #ฟุตบอล #หมอนทองวิทยา #ฟุตบอล7hd #โค๊ชสกล ♬ เสียงต้นฉบับ – wat_555. – Music Lover














