fbpx
Ahmad Zahidi Hamidi menyampaikan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam KKDW kepada MARA pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Mara diberi enam bulan siap pindaan akta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) diberi tempoh enam bulan untuk mempersiapkan perkara berkaitan pindaan akta melibatkan aspek pengurusan kewangan, pinjaman dan audit yang akan disatukan di bawah satu sistem pengurusan bersepadu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting bagi memastikan Mara kembali kepada teras penubuhannya, selain memperkukuh tadbir urus dan kecekapan institusi itu.

Menurutnya, memandangkan nilai aset Mara melebihi RM23 bilion, pengurusan yang cekap dan berintegriti amat penting bagi memastikan ia memberi manfaat optimum kepada rakyat.
“Mara mesti diuruskan dengan baik, ia mesti kembali kepada ‘core business’ yang terdahulu, bertepatan dengan tujuan diwujudkan. Kesilapan kepimpinan terdahulu harus diperbetulkan.

“Saya sebutkan bahawa aset Mara sendiri bernilai lebih daripada RM23 bilion, ia mesti diuruskan dengan baik. Kita mesti meminimumkan kegagalan, kita mesti belajar daripada kesilapan terdahulu dan kita mesti memperbaikinya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, proses pindaan Akta Orang Asli 1954 kini berada pada fasa akhir, dengan hanya melibatkan beberapa penyesuaian kecil berkaitan isu tanah.

Beliau menjelaskan, perbincangan telah diadakan bersama pengarah-pengarah tanah dan galian negeri serta penasihat undang-undang negeri bagi memastikan akta baharu itu lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada masyarakat orang asli. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN