fbpx
PELUANG Sze Fei-Izzuddin untuk ke Jelajah Dunia Akhir masih terbuka selepas mara ke pusingan kedua Kumamoto Masters hari ini. - AFP

Kumamoto Masters: DinFei ‘garang’ benam beregu Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters di Jepun selepas mara ke pusingan kedua.

Pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Wilayah Kumamoto sebentar tadi, bekas gandingan No.1 dunia itu mencatat kemenangan 21-17, 21-13 ke atas beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, pasangan yang diberi julukan DinFei itu mempamerkan aksi cukup baik seawal set pertama lagi apabila dapat mengatur permainan dengan cukup baik.

Aksi dipamerkan kedua-dua pemain itu boleh dianggap jauh lebih baik jika dibandingkan dengan prestasi dalam beberapa kejohanan terdahulu di mana mereka tersingkir di peringkat awal.

Kemaraan ke pusingan kedua juga terus menghidupkan peluang mereka bagi memburu kelayakan ke kejohanan Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China pada 17 hingga 21 Disember depan.

Sze Fei-Izzuddin kini sedang berebut satu lagi slot dengan gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik sudah mengesahkan kemaraan lebih awal ke WTF.

Juara Terbuka India itu masih berpeluang untuk layak ke WTF sekiranya mencipta keajaiban muncul juara pada Kumamoto Masters serta Terbuka Australia yang berlangsung minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN