fbpx
Gambar hiasan

Dakwaan minta wang: Pemain bola sudah kembali ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis sudah merakam keterangan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berhubung video tular yang dikatakan meminta wang ketika pemeriksaan seperti didakwa seorang pemain bola sepak negara jiran.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, susulan kejadian itu, anggota tersebut membuat laporan polis pada 7 November lalu dan semakan mendapati individu yang membuat dakwaan telah pulang ke negara asal.

“Anggota berkenaan sudah diambil keterangan dan individu yang membuat dakwaan itu juga sudah kembali ke negara asalnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung penularan beberapa video di media sosial yang didakwa mengaibkan dan mengandungi tuduhan terhadap anggota URB.

Siasatan awal polis mendapati rakaman tersebut dibuat ketika anggota tersebut menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan tersebut dijalankan dengan tertib mengikut prosedur yang ditetapkan dan semua individu terlibat telah dilepaskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN