PETALING JAYA – “Mereka datang dengan tuk-tuk (kenderaan beroda) sahaja.”
Itu reaksi ramai selepas pasukan Monthongwittaya, pelajar sekolah menengah dari daerah Chachoengsao berjaya mendapat tempat di separuh akhir pertandingan bola sepak di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand.
Menerusi hantaran oleh pengguna TikTok, pasukan bola itu mendapat sokongan padu dari rakyat seluruh Thailand walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama selepas tumpas melawan Chainat Pao.
“Kisah pemain pasukan bola daripada sekolah biasa dan baru pertama kali bertanding namun, berjaya mengalahkan sekolah-sekolah hebat sehingga berjaya masuk separuh akhir.
“Ramai terharu dan kagum dengan usaha para pelajar itu, sebab itu ramai yang tampil berikan sokongan,” menurutnya di ruang komen.
Difahamkan, majoriti pelajar sekolah itu beragama Islam dari perkampungan kecil di luar bandar memaksa jurulatih mereka (pelajar) membawa semua pemain menaiki kenderaan beroda (tuk-tuk) untuk ke Bangkok.
“Ramai orang kampung turun padang memberi sokongan kepada mereka (pelajar) sehingga mencecah 20,000 kapasiti stadium,” ujarnya.
Untuk rekod, sebanyak 503 buah sekolah turut bertanding dalam ‘High School Football Final’ pada Sabtu lalu.
Kisah tersebut sekali gus meraih sokongan daripada negara luar termasuk yang memuji semangat perjuangan setiap pemain dan jurulatih.
“Walaupun tiada sokongan kewangan daripada mana-mana pihak, tapi mendapat sokongan paling ramai daripada satu negara,” komen @Aii_armm
“Semalam tengok di siaran langsung, ada lebih 250,000 tontonan. Di stadium pun penuh sehingga tiada tempat untuk penonton duduk,” kata Daniel.
“Naik tuk-tuk (kenderaan beroda) sahaja untuk ke pertandingan, tapi berjaya meraih tempat di hati semua penyokong,” komen @Narla_73 –KOSMO! ONLINE
@dina_polyglot♬ original sound – Dina_ Polyglot🇹🇭🇹🇭














