DALAM usaha mengukuhkan peranan sebagai peneraju inovasi pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai sembilan perjanjian kerjasama strategik dengan syarikat terkemuka negara. Kerjasama tersebut dimeterai sempena Festival of Ideas (FOI) 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini. Majlis pertukaran memorandum perjanjian disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad. Menurut Arman Rumaizi, kolaborasi tersebut merangkumi pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, tenaga boleh baharu, automotif, geospatial, bahan inovatif, agroteknologi, komunikasi maritim, kecerdasan……














