KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memutuskan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO yang berlangsung pada Isnin.
Setiausaha Agungnya, Datuk Nelson W Angang berkata, pengunduran UPKO akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti-parti komponennya.
”UPKO telah menjadikan agenda ‘Sabah First’ dalam perundingan berkaitan manifesto pilihan raya PH dan juga perbincangan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Pengerusi PH sepanjang tempoh empat tahun berada dalam PH.
“Bagaimanapun, berlaku jurang intepretasi, pandangan dan pendirian di antara UPKO dan parti-parti komponen PH di peringkat nasional mengenai tuntutan pelaksanaan hak hasil 40 peratus Sabah, tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak serta kegagan melaksanakan autonomi pentadbiran PH Sabah sepanjang tempoh itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Nelson UPKO menilai semula hala tuju perjuangan dan menyimpulkan hanya parti-parti tempatan Sabah sahaja yang betul-betul memahami denyut nadi, jiwa, wawasan serta impian masa depan Sabah.
Beliau berkata perjuangan terbabit berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya hak 40 peratus hasil Persekutuan dari negeri.
”UPKO kekal dengan pendirian bahawa hak 40 peratus Sabah adalah berasingan daripada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di bawah Senarai Persekutuan.
“Parti bersedia bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah yang mahu memperjuangkan agenda ‘Sabah First’ bersama-sama supaya pelaksanaan sebenar MA63 seperti hak 40 peratus dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan,” ujarnya.
Dalam masa sama, UPKO juga berpendirian hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah harus dijayakan, namun mesti berasaskan kepada semangat, tujuan, intipati dan pelaksanaan MA63.
Dengan pengunduran UPKO, PH Sabah kini terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Sementara itu, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengesahkan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. – KOSMO! ONLINE