PETALING JAYA – “Tahun 2026 sahajalah kurus,” itu reaksi beberapa trend terbaharu orang ramai yang berseloroh dengan azam untuk kurus dan menurunkan berat badan yang tidak dapat dipenuhi kerana terlalu sibuk tahun ini.
Salah seorang pengguna TikTok @ShazzuanRafi, perkongsiannya azam kurus yang tidak sempat dipenuhi itu secara tidak langsung mencuit hati ramai yang melalui pengalaman sama.
“Macam kelam kabut pula untuk tahun ini, tak sempat nak kurus,” menurutnya di ruang kapsyen. Video berdurasi 36 saat itu telah meraih lebih 10,000 tanda suka dan komen daripada netizen yang turut mengaku tidak dapat memenuhi azam kurus.
“Sibuk sangat tahun ini. Tahun depan sajalah sambung azam kurus itu,” kata Nurrathirah.
“Tunggu kahwin nanti baru kurus, sebab tahun ini banyak sangat makan nasi minyak kenduri kawan-kawan lain,” komen @Farahshahirah_
“Saya pun rasa tak sempat azam kurus tahun ini. Benda yang baik, jangan buat kelam kabut,” kata Ashikin.
“Ini azam saya sejak 2020, tapi semakin meningkat usia, semakin sibuk dan tak sempat. Kita sambung bawa azam kurus ke tahun depan lagi,” komen @Sleepypanda. – KOSMO! ONLINE














