fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Suami sorok ‘remote’, denda isteri lupa tutup ‘aircond’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang isteri meluahkan rasa terkilan apabila suaminya sanggup menyembunyikan ‘remote aircond’ (alat kawalan jauh penghawa dingin) selama seminggu kerana berang ia tidak ditutup pada waktu malam.

Menurut perkongsian wanita berkenaan di aplikasi Thread @Mayaaaayanaa, kejadian bermula apabila dia menyangka telah menutup pendingin hawa di ruang tamu sebelum masuk tidur, namun keesokan paginya dimarahi suami kerana dikatakan terlupa menutupnya.

“Saya ingat dah matikan sebab bila tekan ‘remote’ ada bunyi. Tapi esoknya suami kejut saya dan tanya kenapa tak matikan ‘aircond’. Bila saya cakap rasanya dah matikan dia terus keluar bilik tanpa banyak cakap,” tulisnya.

Selepas itu, katanya, selama dua hari berturut-turut penghawa dingin tidak dibuka, dan dia mula mengesyaki sesuatu apabila ‘remote’ hilang tanpa jejak.

“Masuk hari ketiga saya hidup terus dekat ‘aircond’. Bila suami balik kerja, dia terkejut tengok boleh hidup. Saya tanya dia bawak ‘remote’ pergi pejabat ke, tapi dia kata tak. Seminggu kemudian saya perioda beg kerja dia, memang ada ‘remote’ dalam tu.

“Mustahil tak perasan sebab tulah tempat dia letak dompet, kunci dan ambil ubat dan sebagainya,” kongsinya lagi.

Wanita itu mengakui berasa kecil hati apabila mendapati suaminya benar-benar membawa alat kawalan jauh tersebut ke tempat kerja setiap hari semata-mata untuk mengelak dia menggunakan penghawa dingin di rumah.

Lebih mengejutkan, apabila isu serupa berulang selepas anak mereka yang berusia setahun lebih secara tidak sengaja menekan butang ‘timer’ pada alat kawalan jauh, keadaan kembali tegang.

“Saya dah matikan sebelum keluar rumah, tapi bila balik tengok ‘aircond’ hidup. Lepas tu nada percakapan dia terus berubah. Saya tahu dia bengang.

“Saya terus pindahkan duit dekat dia, bayar dua kali ganda daripada kadar harian. Lepas tu kami tak bercakap dan dia tidur bilik lain,” luahnya.

Wanita itu turut menjelaskan bahawa bil elektrik rumahnya biasanya tidak melebihi RM150 sebulan, malah dia kerap menambah bayaran lebih awal sekiranya penggunaan meningkat.

Kisah tersebut sekali gus mengundang kecaman terhadap si suami yang dianggap terlampau berkira dengan isteri dan anaknya.

“Sebagai isteri saya faham cerita ni bukan pasal ‘aircond’ tapi kisah tersirat di sebalik ‘aircond’. Harap awak terus kuat,” komen Khalish.

“Suami dia berjimat, tapi cara dia salah. Kena bincang, bukan sembunyi ‘remote’,” komen Naziera.

“Penghawa dingin je pun kau nak berkira dengan isteri kau?? Nak banding dengan apa yang dia dah buat untuk kau, lahirkan anak kau,” komen Tintin pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI