fbpx
RICHARLISON (tengah) antara pemain Spurs yang dilihat kurang menyerlah biarpun meledak satu gol ketika seri dengan United kelmarin. - AFP

Spurs kecewa ‘hilang’ kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank mengakui sedang berdepan cabaran untuk mencari keseimbangan bagi menjadikan pasukannya lebih baik selepas seri 2-2 dengan Manchester United kelmarin.

Frank berpendapat pasukannya patut mendapatkan lebih jaringan, namun sering dipalit dengan kekecewaan keputusan akhir yang dilakukan oleh pemain.

“Salah satu peluang terbaik adalah menerusi Richarlison yang menerima hantaran lintang Brennan Johnson. Jika dia menjaringkan gol, perlawanan mungkin sedikit berubah dan menjadikan ia lebih terbuka.

“Kami sering berusaha untuk mewujudkan keserasian, cuba meningkatkan kualiti pemain dan mendapatkan perancangan terbaik. Bagaimanapun, saya merasakan kami sudah memulakan langkah kecil ke arah yang tepat,” katanya.

Selepas Bryan Mbeumo meletakkan Manchester di depan, Mathys Tel dan Richarlison melengkapkan kebangkitan Spurs, namun terpaksa akur apabila Matthijs de Ligt meledak gol penyamaan buat The Red Devils di penghujung perlawanan.

Walaupun prestasi Spurs dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri agak membimbangkan, Frank kekal optimis untuk menyerlahkan perkara positif tentang pasukannya terutama ketika aksi di separuh masa kedua.

“Jangan terlalu bercakap tentang aksi kami di laman sendiri kerana kami juga tahu perlukan kemenangan. Kami melakukan kerja dengan baik di babak kedua dan hampir mengesahkan kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN