fbpx
Johari ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Ekpo Kayu Malaysia (MWE) 2025,di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

‘Soal rombakan Kabinet, kena tanya PM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saya rasa tak ada (mesyuarat), kalau rombakan Kabinet semua, itu Perdana Menteri punya prerogatif, kuasa mutlak dia nak buat apa-apa. Kalau mesyuarat tidak ada, dia (Perdana Menteri) tak bincang pasal itu.”

Demikianlah respons Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu semalam.

Kenyataan Mohamad Sabu semalam menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan kepada jemaah menteri pada esok berhubung khabar angin mengenai rombakan kabinet.

Johari juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan berhubung mesyuarat yang akan diadakan kepada barisan jemaah menteri.

“Kalau betul ada taklimat (Perdana Menteri), saya tak boleh sahkan. Tapi buat masa ini, saya rasa tak ada lagi. Apa-apa itu kena tanya Perdana Menteri,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Dalam ucapan pada majlis penutup FOI 2025, Zambry mengharapkan Anwar dapat memberikan sokongan penuh kepada penganjuran FOI untuk tahun-tahun akan datang meskipun beliau tidak mengetahui sama ada masih menerajui kementerian itu atau sebaliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN