fbpx
EDIKA dan isteri tersayang, Nor Hidayah.

‘Selamat ulang tahun sayangku, awak adalah jiwa dan raga saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penuh romantis, pelakon Edika Yusof kembali mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh kasih menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, Nor Hidayah Yusri, di sebuah restoran bersama keluarga tercinta.

Edika atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58 menitipkan ucapan penuh makna buat suri hatinya sekali gus mencerminkan kasih sayang yang tidak pernah luntur biarpun sudah lebih dua dekad melayari rumah tangga.

“Selamat hari lahir, sayangku. Dua puluh dua tahun bersama, saya masih sayang dan cintakan awak setiap hari.

“Awak adalah jiwa dan raga saya, pendorong untuk saya terus ke hadapan.

“Semoga Allah kurniakan awak ketenangan, kekuatan dan rahmat yang berpanjangan. Selamanya untuk awak, Nor Hidayah Yusri,” katanya dalam TikTok.

Ungkapan romantik pelakon filem Maria Mariana itu pantas mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan ketulusan cinta pasangan tersebut.

“Setiap kali tengok mereka berdua, rasa sebak. Walau diuji, cinta Edika tetap teguh,” komen netizen.

“Jarang lelaki sekuat ini dalam mempertahankan rumah tangga. Semoga Allah pelihara cinta mereka,” tulis pengikut

“Masya-Allah, sweet sangat. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga,” ujar seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, hubungan Edika dan Hidayah pernah menjadi perhatian apabila isterinya memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.

Pasangan itu kemudiannya sah bercerai talak satu pada 5 Mei 2025 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika tempoh idah.

Untuk rekod, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan dikurniakan dua cahaya mata, Fardeen Nasrulhaq serta Fereena Nurulhaq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN