fbpx
R. Samala Davi.

R. Samala Davi hilang, kali terakhir dilihat di Jalan Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita tempatan yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan R. Samala Davi Veera Ragayan, 52, pada pukul 1.38 tengah hari, Sabtu lalu

“Wanita itu kali terakhir dilihat di kawasan Jalan Timur di sini selepas keluar dari rumahnya pada pukul 11 pagi, 6 November lalu.

“Samala Davi memiliki ketinggian 157 sentimeter, berbadan gempal, wajah bulat, berkulit cerah, mempunyai tanda merah di tengah dahi dan berambut hitam paras pinggang.

“Ketika keluar dari rumah, mangsa memakai baju Punjabi berwarna merah/ungu, berseluar panjang hitam dan berselipar hitam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S. Baalanaagan Chanderan di talian 014-8882388 / 016-3583960 atau 03-7966 2222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI