fbpx
Amirudin (lima kiri) dan Alexander (enam kanan) pada di hadapan plaza tol persimpangan bertingkat Eco Grandeur di Kuala Selangor hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Persimpangan Eco Grandeur pacu ekonomi Anjung Utara Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Persimpangan bertingkat Eco Grandeur di Puncak Alam akan menjadi pintu masuk dalam memakmurkan ekonomi di Anjung Utara Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laluan sejauh 3.07 kilometer akan menjadi kesinambungan kepada jajaran baharu kepada Ijok dan Kuala Selangor secara khususnya.

Katanya, ia juga menghubungkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) dan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) serta diikuti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Ini secara langsung menjadi pintu masuk untuk memakmurkan dan menghidupkan keseluruhan Anjung Utara Selangor.

“Kawasan Anjung Utara menerima pelaburan yang agak besar pada tahun lalu dengan RM2 bilion daripada CHERY (jenama automotif dari China). Saya percaya ia menjadi pemangkin dan penyambung kepada keseluruhan inisiatif-inisiatif dan usaha majukan Anjung Utara, ” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan persimpangan tersebut.

Jelas Amirudin, perasmiannya juga simbolik memori dari projek terbengkalai yang sekarang telah menjadi bandar baharu yang berdaya saing bukan sahaja dibangunkan kawasan perumahan malah industri, komersial dan sebagainya.

Dalam pada itu, Alexander dalam ucapannya memaklumkan permohonan cadangan sambungan akses ini telah dimohon oleh Eco World Sdn. Bhd. dan mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya pada November 2022.

Ujarnya, skop pembinaan ini yang diluluskan merangkumi persimpangan bertingkat, plaza tol dan kemudahan hentian sebelah di sebelah plaza tol.

“Plaza Tol Eco Grandeur menyediakan 10 lorong iaitu masing-masing 5 lorong kedua-dua arah setelah mengambilkira kapasiti kenderaan yang akan meningkat.

“Jajaran baharu ini dapat menyuraikan trafik sedia ada yang sesak sekian lama terutamanya di sepanjang Jalan Meru Tambahan (JMT) dan Persiaran Mokthar Dahari jajaran baharu ini dapat menyuraikan trafik sedia ada.

“Ini seterusnya juga membuka peluang baharu kepada masyarakat di sepanjang koridor pantai barat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI