fbpx
Gambar fail Zahanizam ketika prosiding mahkamah yang lalu.

Permohonan mudir GISBH tangguh hukuman penjara dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap seorang mudir atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah di madrasah yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Hakim Syarie, Mohd. Zulfikri Yasoa memutuskan demikian selepas mendengar hujahan Peguam Syarie, Boestamam Ahmad yang mewakili pemohon, Zahanizam Rohan, 51, dan berpuas hati dengan alasan-alasan yang dikemukakan.

Bagaimanapun, prosiding pendengaran hari ini dijalankan tanpa kehadiran Zahanizam. Boestamam memaklumkan anak guamnya, Zahanizam terdesak untuk menangguhkan hukuman kerana mengalami penyakit hernia dan perlu menjalani pembedahan pada bulan depan di sebuah hospital di Batu Pahat, Johor.

“Pihak kami telah memfailkan notis rayuan pada 25 Oktober lalu dan salinan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan. Pemohon telah menjalani hukuman penjara dan dijangka dibebaskan pada Januari 2026, namun keadaan kesihatannya menyebabkan kami memfailkan notis rayuan (penggantungan hukuman penjara),” katanya di sini hari ini.

Dalam prosiding itu, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan penggantungan hukuman terhadap Zahanizam berkuatkuasa hari ini dan pemohon dibenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin sehingga keputusan kebenaran perayu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI