fbpx
Asyraf Wajdi

Peperiksaan bukan musuh pendidikan, UPSR wajar dikembalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan alasan kononnya peperiksaan menjadikan pelajar seperti ‘burung kakak tua’ sebagai tidak munasabah dan dangkal.

Menurutnya, jika benar peperiksaan melahirkan generasi yang hanya tahu menghafal tanpa memahami, maka peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga sepatutnya dimansuhkan.

“Peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebenarnya berperanan penting untuk mengukur tahap penguasaan ilmu pelajar dan sewajarnya dikembalikan,” katanya.

Asyraf berkata, peperiksaan memainkan pelbagai peranan dalam membentuk jati diri dan masa depan pelajar, bukan sekadar untuk menilai akademik semata-mata.

Katanya, peperiksaan penting kerana ia membantu menilai tahap penguasaan ilmu, membentuk disiplin dan tanggungjawab, menjadi asas saringan ke sekolah berprestij, meningkatkan daya saing sihat serta mendidik nilai sabar dan usaha berterusan.

“Apabila wujud peperiksaan, pelajar akan lebih berdisiplin, teratur dan tahu merancang masa. Semua ini membina karakter yang kuat serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran kehidupan sebenar,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa peperiksaan bukanlah punca pelajar menjadi pasif atau hanya tahu menghafal, sebaliknya pendekatan pengajaran dan bimbingan guru memainkan peranan besar dalam membentuk kefahaman sebenar.

“Peperiksaan bukan musuh kepada pendidikan, sebaliknya ia sebahagian daripada proses mendidik dan membina ketahanan mental pelajar,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI