JAKARTA – Seorang pengantin lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana menjemput penyanyi kegemaran isterinya untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Wolipop.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @maharagung.organizer menunjukkan pengacara majlis mengumumkan kedatangan seorang tetamu istimewa dikenali sebagai Lyly.
Pengantin perempuan dan tetamu terkejut apabila individu tersebut merupakan penyanyi terkenal Indonesia, Lyodra Ganting.
Majlis perkahwinan itu menjadi lebih bermakna apabila Lyodra menyanyikan lagunya sendiri buat pasangan pengantin.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Siapa yang bakal jadi suami saya tolong jemput dia juga,” kata seorang netizen. – AGENSI














