fbpx
DE LIGT (dua dari kanan) meraikan jaringannya selepas meledak gol penyamaan ketika seri 2-2 dengan Spurs kelmarin. - AFP

Pemain United sentiasa lalai – Amorim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United terus dihimpit dengan sikap lalai hingga membazirkan dua lagi mata selepas sekadar seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Pengurus The Red Devils, Ruben Amorim mendakwa pemainnya sering bersikap terlalu selesa hingga meletakkan pasukan dalam situasi sukar sekali gus mencatat keputusan seri kedua berturut-turut.

Amorim jelas tidak begitu bersemangat untuk meraikan kebangkitan dramatik pasukannya kerana merasakan anak-anak buahnya sering mengambil mudah seperti meraih keputusan seri 2-2 dengan Nottingham Forest minggu lalu.

“Kami mempunyai banyak masalah walaupun keputusan ini menunjukkan kami makin bertambah baik. Tetapi realitinya kami masih ada banyak kerja perlu dilakukan.

“Untuk mengatasi cabaran dan menjaringkan gol adalah perkara bagus, namun jika kita lihat perlawanan ini, kami sebenarnya terlalu selesa.

“Saya fikir kami sepatutnya mampu lakukan lebih baik dan tampil agresif untuk mendapatkan tiga mata,” katanya.

Terdahulu, Bryan Mbuemo meletakkan United di depan, namun Spurs memperoleh dua gol menerusi Mathys Tel dan Richarlison sebelum Matthijs de Ligt menyelamatkan maruah The Red Devils dengan menyumbangkan jaringan penyamaan.

United juga terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas penyerang gantian, Benjamin Sesko terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika Amorim sudah menggunakan kesemua lima pertukaran.

Amorim menjelaskan tidak begitu bimbang dengan prestasi Sesko, namun keutamaannya sekarang adalah mengenai kecederaan dialami penyerang Slovenia itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN