fbpx
Gambar hiasan.

Pegawai kanan kementerian libat tuduhan salah laku direhatkan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

Beliau berkata, sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai kanan di sebuah kementerian.

“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam kenyataan semalam.

Shamsul Azri turut berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku membabitkan pegawai awam.

Terdahulu, tersebar klip video berdurasi 11 saat di media sosial, mendakwa seorang ketua setiausaha sebuah kementerian ditahan pihak berkuasa agama kerana disyaki terbabit dengan perbuatan khalwat ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN