PETALING JAYA – Sindiket nikah Siam semakin aktif mempromosikan perkhidmatan mereka di media sosial termasuk memberi jaminan tauliah dan pakej menarik bagi memudahkan prosedur urusan pernikahan di negara jiran. Walaupun banyak pembongkaran dan sisi gelap penawaran dilakukan, sindiket seolah-olah tidak gentar, malah makin galak menawarkan pakej-pakej hebat di media sosial sehingga mendapat puluhan ribu pengikut. Tawaran pakej termasuk pengangkutan, wali, saksi dan dokumen dengan jaminan ‘lulus dan bertauliah’ dibuat sebagai umpan untuk menarik minat lelaki Malaysia yang mendapat halangan untuk…














