fbpx
Garces tidak dapat mewakili skuad Alaves sejak digantung FIFA pada 25 September lepas.

Masa depan tonggak Harimau Malaya masih ‘selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MASA depan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces masih ‘selamat’ selepas diberi jaminan nasibnya tidak seperti rakan senegara, Gabriel Palmero yang dibatalkan kontrak oleh dua kelab Sepanyol minggu lalu.

Presiden Deportivo Alaves, Alfonso Fernandez mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu selepas Garces terpalit isu pemalsuan dokumen bersama skuad kebangsaan.

Menurut Fernandes, pihak kelab mengamalkan prinsip Garces masih mempunyai hak untuk dibela dengan menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan kes apabila dibentangkan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) nanti.

“Pada akhirnya, ini adalah perkara yang berada di luar kawalan kelab dan ia merupakan isu peribadi. Namun, sudah tentu ia memberi kesan kerana kami tidak dapat menurunkannya.

“Kes ini masih terbuka dan buat masa ini tiada apa-apa yang berubah bagi pihak kami. Selagi belum ada keputusan muktamad, dia masih mempunyai hak untuk membuat rayuan.

“Kami tetap percaya kepada pemain dan prinsip andaian tidak bersalah. Kita lihat bagaimana perkembangan seterusnya dan menunggu keputusan akhir,” katanya dipetik portal Sepanyol, El Desmarque.

Sebagai rekod, Palmero kini bergelar ejen bebas selepas ditamatkan kontrak oleh Unionistas de Salamanca dan Tenerife susulan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut didenda CHF350,000 (RM1.8 juta) selain tujuh pemain termasuk Palmero dan Garces digantung 12 bulan serta denda CHF2,000 (RM10,800) atas kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA.

Lima lagi pemain warisan negara dihukum FIFA ialah Rodrigo Holgado, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Imanol Machuca dengan kesemuanya termasuk FAM sedia membuat rayuan terakhir ke CAS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN