fbpx
Anak-anak yang tidak sihat perlu diberi rehat mencukupi dan sentiasa dipantau di rumah. – GAMBAR HIASAN

Luahan pembaca: Anak sakit, tolong jangan hantar ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Saya sebagai ibu bapa kecewa apabila ada juga murid-murid yang tidak sihat tetap datang ke sekolah. Ada yang batuk, ada yang bersin dan lesu, malah ada yang terang-terangan demam dan mata berair.

Perkara ini diceritakan anak saya kepada saya. Saya faham, ibu bapa risau anak ketinggalan pelajaran tetapi tolonglah faham, kesihatan bukan perkara remeh.

Apabila seorang anak yang dijangkiti influenza datang ke sekolah, risiko untuk menjangkiti murid lain, malah guru, sangat tinggi.

Dalam satu kelas dengan 30 murid, satu kes boleh merebak menjadi 10 dalam masa singkat. Akhirnya, seluruh kelas tak dapat belajar sebab sakit.

Jika guru menasihati agar anak berehat di rumah, ada yang menjawab, ‘Tak apa cikgu, demam sikit saja’ atau ‘Saya dah beri ubat’

Ubat hanya mengurangkan simptom, bukan menghentikan jangkitan.

Tolonglah, sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk belajar, bukan tempat penyebaran penyakit. Jika anak tidak sihat, tolong berehat di rumah sahaja. Setelah sihat, baru datang semula ke sekolah.

IBU BAPA
Cheras

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN