SAUDARA PENGARANG, Saya sebagai ibu bapa kecewa apabila ada juga murid-murid yang tidak sihat tetap datang ke sekolah. Ada yang batuk, ada yang bersin dan lesu, malah ada yang terang-terangan demam dan mata berair. Perkara ini diceritakan anak saya kepada saya. Saya faham, ibu bapa risau anak ketinggalan pelajaran tetapi tolonglah faham, kesihatan bukan perkara remeh. Apabila seorang anak yang dijangkiti influenza datang ke sekolah, risiko untuk menjangkiti murid lain, malah guru, sangat tinggi. Dalam satu kelas dengan 30 murid,……














