fbpx
Mohd. Faizal dituduh membunuh abang iparnya di Mahkamah Majistret Jitra, hari ini.

Lelaki penggal kepala abang ipar dituduh membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang iparnya, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Faizal Awang, 38, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nasir Md. Nayan, 45, di kawasan bendang Kampung Pida 3, Tunjang dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang hingga 7 malam, 31 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pesawah berusia 45 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya di kawasan sawah Kampung Pida 3.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan. Bahagian kepala dijumpai pada jarak kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa.

Suspek selepas kejadian didapati berada di dalam rumahnya dan ditahan polis selepas dipujuk selama kira-kira 15 minit dalam keadaan masih memegang parang.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dadah, namun keluarga memaklumkan lelaki terbabit mengalami gangguan perasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI