fbpx
Laluan Jalan Bonus, Masjid India ditutup sementara susulan mendapan yang berlaku pagi tadi.

Laluan Masjid India ditutup akibat mendapan jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Permukaan jalan di Jalan Bonus, Masjid India di sini mendap awal pagi tadi, sekali gus memaksa laluan berkenaan ditutup sementara bagi tujuan keselamatan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.39 pagi di hadapan premis Bombay Jewellery.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, pasukan mereka bersama Air Selangor, Indah Water Konsortium dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Susulan itu, laluan Jalan Masjid India ditutup kepada kenderaan bermula dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) sehingga kawasan terjejas,” kata kenyataan itu.

DBKL berkata, keselamatan awam menjadi keutamaan dan kerja pemantauan serta pemeriksaan teknikal sedang dijalankan.

Tambahnya, perkembangan lanjut insiden tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN