fbpx
LEWANDOWSKI (tengah) meraikan hatrik bersamarakan sepasukan pada aksi La Liga, awal pagi tadi.

La Liga: Lewandowski arkitek kejayaan Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Penyerang sensasi Barcelona, Robert Lewandowski membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar ‘kuda tua’ selepas meledak hatrik untuk membantu pasukan menang 4-2 ke atas Celta Vigo dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Stadium Balaidos, penyerang antarabangsa Poland itu mempamerkan penyudah ampuh pada minit ke-10, 37 dan 73 untuk memastikan pasukan terus mengejar pendahulu liga, Real Madrid dengan perbezaan tiga mata.

Pengendali The Catalans, Hansi Flick menyifatkan Lewandowski yang kini berusia 37 tahun masih berada pada tahap terbaik selepas dihimpit kecederaan pada awal musim ini.

“Kini kita boleh saksikan kelibat Lewandowski yang biasa kita lihat kerana dia semakin positif selepas pulih daripada kecederaan.

“Jaringan hatrik ini cukup penting buatnya untuk menaikkan semula tahap keyakinan yang mungkin sudah hilang sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Lewandowski mengakui tidak mempunyai masalah untuk mengharungi jadual yang padat walaupun usianya kini semakin meningkat.

“Flick ada mencadangkan saya untuk berehat tetapi saya tolak kerana sekarang saya sudah cergas sepenuhnya. 

“Saya harap dapat terus bantu pasukan mengejar pendahulu liga (Real) kerana jurang ketika ini tidak terlalu ketara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI