fbpx
NEUER (kiri) gagal menangkap kemas percubaan Doekhi yang menghasilkan jaringan buat Union Berlin ketika seri 2-2 kelmarin. - AFP

Kesilapan Neuer calar rekod Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer sedia menerima kritikan selepas melakukan kesilapan mudah hingga mengakibatkan rekod kemenangan bersih pasukannya musim ini musnah apabila seri 2-2 dengan Union Berlin kelmarin.

Kesilapan itu berlaku ketika situasi sepakan penjuru, menyaksikan Neuer gagal menangkap kemas sepakan Danilho Doekhi untuk memberikan gol pembukaan perlawanan.

“Saya melakukan keputusan yang salah dan ia menjadi hari yang sukar buat kami ketika menentang Union Berlin. Namun, kami percaya kami akan kembali ke landasan baik dengan meraih kemenangan.

“Pada akhirnya, saya fikir satu mata ini cukup bagus. Kami bergelut ketika bertahan disebabkan Union Berlin melakukan tugas mereka dengan baik terutamanya dalam situasi bola mati,” kata penjaga gol veteran Jerman itu.

Bagaimanapun, perlawanan Bundesliga antara kedua-dua pasukan itu turut menyaksikan Luis Diaz menghasilkan jaringan luar biasa ketika meledak gol penyamaan buat Bayern.

Walaupun Doekhi sekali lagi meletakkan pasukannya di depan, Harry Kane muncul penyelamat Bayern apabila menghasilkan jaringan penting untuk memastikan satu mata berharga buat pendahulu Bundesliga itu.

“Apa yang kamu harapkan daripada saya? Ini adalah permainan kolektif, apabila bolos kami juga kena lihat kepada banyak perkara lain lagi,” pengurus Bayern, Vincent Kompany yang enggan menuding jari kepada kesilapan Neuer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN