fbpx
AKMAL

Kelantan TRW tiada ‘anak emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA istilah ‘anak emas’ dalam kamus pengendali Kelantan The Real Warriors (TRW) FC,, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, sebaliknya semua pemain memiliki peluang sama rata untuk berada dalam kesebelasan utama.

Akmal juga menegaskan status pemain import bukan jaminan atau ‘lesen besar’ untuk mengesahkan tempat kerana komitmen sentiasa menjadi perkiraan utamanya setiap kali membuat keputusan.

Legenda Kedah itu turut menjelaskan peningkatan prestasi akan hadir jika pemain saling menyokong untuk menjadi lebih baik dan semua orang harus sentiasa ada motivasi untuk menyerlahkan potensi sebenar setiap kali latihan.

“Apabila saya masuk, saya melihat semua pemain diberi peluang sama rata. Siapa yang beri komitmen lebih dalam latihan dan sesuai dengan taktikal serta pelan setiap perlawanan, pemain itu akan diturunkan.

“Tidak kira tempatan, muda atau import. Mereka perlu tunjukkan mahu membantu pasukan berada di kedudukan yang saya mahukan, iaitu bermain cantik dan memenangi perlawanan.

“Jadi saya meletakkan pemain-pemain yang lebih baik dalam latihan untuk berada dalam kesebelasan utama,” katanya.

Ketika ini, Akmal memiliki kurang dua minggu untuk memperkukuhkan pasukan sebelum menyambung aksi Liga Super menentang Selangor FC di Stadium MBPJ pada 22 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN