fbpx
Saifuddin Nasution pada majlis Sambutan World Day Against Trafficking in Persons (WDAT) 2025 di Marriot Hotel Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

KDN tumpu arahan mahkamah, kembali siasat kehilangan Raymond Koh, Amri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tumpuan penuh terhadap pelaksanaan arahan mahkamah dalam kes kehilangan paderi Raymond Koh, termasuk membuka semula siasatan kes berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus beliau ketika ini adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang secara jelas menggariskan dua perkara penting kepada pihak polis.

“Jumaat lepas saya telah menemui pasukan dari Pejabat Peguam Negara (AGC) yang menguruskan kes ini, saya perlu mendapatkan taklimat mereka untuk saya faham tentang kronologi peristiwa tersebut.

“Jadi tumpuan saya sekarang adalah terhadap arahan atau keputusan mahkamah yang menghendaki polis melakukan dua perkara tadi, saya sebutkan yang pertama, kembali menyiasat, yang kedua adalah mengemukakan (keberadaan) Pastor Koh, bawa dia, tunjukkan dia, jadi itu dua (perkara) jadi fokus saya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau bersama pegawai AGC bagi mendapatkan taklimat lengkap susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berhubung kes kehilangan aktivis, Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh.

Dalam perkembangan berlainan, Saifuddin berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lengkap daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mengulas secara terperinci mengenai kes membabitkan Indira Gandhi.

Sebelum ini, media melaporkan semakan ke atas platform Sara dan Budi95 menggunakan nombor kad pengenalan yang dikaitkan dengan bekas suami Indira, Riduan Abdullah mendapati akaun tersebut telah menggunakan sepenuhnya bantuan tunai Sara berjumlah RM100 serta sebahagian daripada kuota subsidi petrol Budi95 sebanyak 300 liter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI