fbpx
HARGA jualan motosikal di kedai-kedai ditentukan selepas mengambil kira pelbagai caj. – GAMBAR HIASAN

Luahan pembaca: ‘Kami mahu harga sebenar, bukan harga asas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Kita sedia maklum, harga jualan motosikal di setiap kedai berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri.

Harga yang dipaparkan dalam iklan atau laman web pengeluaran motosikal kebanyakan lebih mahal apabila berada di kedai.

Pelbagai caj yang dikenakan, menyebabkan harga lebih tinggi.

Ia termasuk kos pengurusan kedai, kos penghantaran dan perkhidmatan.

Berbeza dengan kereta, harga lebih tetap dan jelas.

Sebenarnya, beza ini berpunca daripada cara kawalan harga, struktur jualan, dan peraturan industri.

Harga kereta dikawal terus pengeluar dan kerajaan.

Syarikat kereta mempunyai senarai harga rasmi termasuk semua caj wajib iaitu cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran.

Harga ini diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya oleh pengedar.

Jadi kami sebagai pengguna juga mahu harga motosikal yang diumumkan bukan harga asas, sebaliknya harga yang termasuk caj-caj lain.

Biarkan harga yang diumumkan itu nampak tinggi, asalkan kami tidak terkejut apabila pergi ke kedai.

MAT MOTOR
Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN