fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat melanda 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 12 tengah hari susulan laporan cuaca buruk membabitkan sembilan ketika ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas adalah seluruh negeri Perlis serta sebahagian daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, seluruh negeri Pulau Pinang turut terjejas manakala di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Amaran yang sama melibatkan kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” lapor MetMalaysia dalam kenyataan.

MetMalaysia menambah, hujan lebat berserta ribut petir pada pagi ini juga tertumpu di kawasan Jelebu dan Seremban, Negeri Sembilan, manakala di Johor melibatkan Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN