fbpx
JUNIOR Eldstal (dua dari kiri) terus mendapat kepercayaan Peter Cklamovski untuk menyertai kem latihan pusat pasukan kebangsaan.

Cklamovski ada alasan panggil Eldstal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT JALIL – Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski sekali lagi tampil mempertahankan keputusannya menyenaraikan Junior Eldstal dalam kem pusat pasukan kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November ini.

Cklamovski anggap kehadiran Eldstal sebagai tambahan terbaik yang mampu menghadirkan nilai tambah kepada Harimau Malaya.

“Dia (Eldstal) berlatih dengan sangat keras. Saya tahu ada banyak spekulasi mengenai pemilihan tetapi saya berasa dia tambahan yang baik untuk pasukan.

“Dia akan berlatih bersungguh-sungguh untuk merebut tempat. Tiada siapa yang automatik dapat tempat dalam kesebelasan utama dan semua 27 pemain perlu berjuang dalam setiap sesi latihan.

“Saya menantikan persaingan itu, walaupun saya harap boleh pilih semua untuk bermain. Itulah persaingan sihat yang kami mahu dalam kem ini,” katanya.

Dalam masa sama, Cklamovski turut memberikan alasan tentang ketiadaan Romel Morales dan Afiq Fazail pada panggilan kali ini.

Romel sedang mengalami kecederaan manakala Afiq terpaksa disisihkan kerana atas alasan peribadi.

“Afiq atas sebab keluarga. Dia perlu bersama keluarganya buat masa ini dan tidak dapat menyertai kem kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

<span;>

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN