fbpx
Sebahagian migran yang ditemui hanyut di perairan Langkawi.

Bot karam: Siasat kemungkinan migran dalang sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Polis menyiasat kemungkinan terdapat ejen, tekong atau kru kapal didalangi sindiket dalam kalangan migran yang ditemui hanyut di perairan ini susulan insiden bot karam di Pulau Tarutao, Thailand.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, hasil siasatan awal, sindiket tersebut mempunyai ejen di Malaysia dan Myanmar.

“Ada dua warga Bangladesh yang ditahan dan kita akan siasat lebih lanjut sama ada mereka ini adalah mangsa, tekong atau kru kapal,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga memperoleh beberapa nombor telefon, namun ia masih dalam siasatan.

“Kita akan berpandukan nombor telefon itu untuk siasat lanjut,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan keterangan migran, mereka membayar kira-kira 400,000 Taka atau RM13,600 kepada ejen di Myanmar.

“Mereka menyatakan bahawa kebanyakan daripada mereka datang dari kawasan kampung dan kem pelarian,” ujarnya.

Setakat ini, 20 migran ditemui dengan tujuh daripadanya sudah meninggal dunia.

Mereka terdiri daripada 18 etnik Rohingya dan dua Bangladesh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI