fbpx
Mayat migran ditemukan hanyut di perairan Langkawi, hari ini.

Bot karam: Lima lagi mayat dijumpai, 21 maut setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Lima lagi mayat migran termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditemukan hanyut di perairan Langkawi hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai 21 orang.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 mayat dijumpai di perairan negara, manakala sembilan lagi di perairan Thailand.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa berkata, penemuan pertama hari ini melibatkan mayat seorang kanak-kanak lelaki pada kedudukan kira-kira dua batu nautika barat daya Tanjung Belua pada pukul 12.47 tengah hari tadi. “Mayat kanak-kanak terbabit ditemui oleh bot Perkasa milik Maritim Malaysia (APMM),” katanya di sini hari ini.

Katanya, beberapa minit kemudian, aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu bot FCB 1331 menemui mayat seorang lelaki dewasa terapung di laut.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kemudia memaklumkan penemuan mayat seorang wanita kira-kira tiga batu nautika barat laut Pulau Rebak Besar.

“Pada pukul 3.31 petang, aset KD Ledang milik TLDM menemui satu lagi mayat wanita,” ujarnya.

Tambahnya, mayat terakhir iaitu seorang lelaki ditemui terapung oleh bot PSC 20 milik Pasukan Polis Marin (PPM).

“Sektor pencarian kini diperluas kepada 255.66 batu nautika persegi melibatkan pelbagai aset laut dan udara daripada APMM, TLDM, PPM, JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Operasi Carilamat ditangguhkan pada pukul 7.30 malam berikutan cuaca gelap serta laut bergelora dan akan disambung semula awal pagi esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI