fbpx
Mayat wanita ditemukan terapung di perairan Langkawi, semalam. Foto APMM

Bot karam: Kemungkinan bot kayu uzur, muatan berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Bot kayu dinaiki kira-kira 70 migran warga Myanmar daripada etnik Rohingya dan Bangladesh dipercayai karam akibat keadaannya yang terlalu uzur selain muatan berlebihan.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, faktor itu mungkin menjadi penyebab kepada insiden tersebut berdasarkan kes-kes terdahulu.

“Berkemungkinan bot kayu sudah reput dan bocor, namun mereka tetap sanggup naik dan berlayar disebabkan terdesak mahu datang ke Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, seramai 20 migran termasuk tujuh yang ditemui sudah meninggal dunia ditemui hanyut di perairan ini.

“Terdapat enam lagi mayat migran ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di perairan negara jiran tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, kesemua mangsa yang dijumpai tersebut dipercayai sebahagian daripada 70 migran yang menaiki sebuah bot.

Mengulas lanjut, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, hasil soal siasat, migran mendakwa dia bersama kira-kira 300 orang lagi menaiki sebuah kapal kayu induk dari Buthidaung, Myanmar dengan tujuan untuk ke Malaysia.

“Perjalanan tersebut dipercayai telah bermula kira-kira dua minggu lepas sebelum mendakwa mereka dipindahkan ke dua bot berasingan di tengah laut pada 6 November lalu.

“Sebuah bot kecil membawa sekitar 70 orang, manakala bot yang lebih besar membawa kira-kira 230 orang. Kedua-dua bot tersebut kemudiannya bergerak mengikut haluan masing-masing,” ujarnya.

Katanya, bot dinaiki 70 migran itu dikatakan karam selepas berlayar kira-kira sejam setengah dengan ketika itu tidak hujan, cuma cuaca mendung dengan laut bergelora. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN