fbpx
Mayat wanita etnik Rohingya yang ditemui di perairan Langkawi pada kelmarin.

Bot karam: Bedah siasat dapati mangsa hanyut lebih dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita etnik Rohingya menunjukkan mangsa dipercayai sudah hanyut di laut selama lebih dua hari.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mayat itu ditemui pada hari pertama operasi mencari dan menyelamat pada kelmarin.

“Proses bedah siasat ke atas mangsa dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar,” katanya pada sidang akhbar di di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.

Katanya, enam lagi mayat wanita etnik sama termasuk seorang kanak-kanak perempuan masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, di sini.

Seramai 13 lagi migran yang ditemui selamat terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita etnik Rohingya serta dua lelaki Bangladesh dilaporkan dalam keadaan sihat.

Kesemua mereka telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Romli berkata, sindiket dipercayai mengambil kira faktor cuaca di laut untuk menyeludup migran menggunakan bot kayu dari Myanmar ke negara ini.

Katanya, pihak yang mengendalikan bot akan memilih tempoh masa tertentu dalam keadaan cuaca baik bagi memastikan pelayaran selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI